top of page

fakta kebaikan makan cili

  • sambaltunteja
  • Sep 14, 2017
  • 2 min read

1) Menurunkan Kadar Gula Darah

Penyelidik di University of Tasmania dalam American Journal of Clinical Nutrition yang diterbitkan pada bulan Julai 2006 membuktikan bahawa makan cili boleh memberikan kesan yang sangat positif pada orang-orang yang mempunyai berat badan berlebihan atau mengalami kencing manis. Kajian yang dijalankan membuktikan bahawa makan cili boleh membantu dengan ketara dalam mengawal tahap insulin selepas makan. Berdasarkan data yang dikumpulkan, paras gula dalam darah berkurang sehingga 60% selepas makan cili.

2) Meningkatkan Kesihatan Jantung dan Mencegah Strok

Cili boleh mempunyai kesan dramatik pada kesihatan anda dengan membantu untuk meningkatkan peredaran darah dan juga bertindak untuk membantu melindungi daripada strok.

3) Tahukah anda, cili boleh bertindak sebagai penahan sakit??

Apabila cili dimakan, makanan tersebut akan membuatkan otak kita melepaskan endorfin, iaitu hormon yang bertindak untuk menghilangkan rasa sakit yang dialami oleh tubuh badan. Para penyelidik di Universiti Harvardmenyatakan bahawa mereka percaya capsaicin boleh digunakan untuk mensasarkan reseptor rasa sakit, tanpa memberi kesan kepada sel-sel saraf atau menyebabkan kesan sampingan. Ianya mengandungi neuropeptide di mana pengambilannya boleh mengurangkan rasa sakit dan keradangan terutamanya kepada pesakit rheumatoiddan arthritis. Ubat penahan sakit yang ada di pasaran sekarang boleh memberikan kesan sampingan, oleh itu jom kita gantikan dengan pengambilan cili secara berterusan sebagai alternatif untuk menahan rasa sakit.

4) Mencegah Kanser Prostat

Terdapat juga kajian yang mendapati bahawa orang yang makan banyak cili mempunyai risiko yang lebih rendahuntuk mendapat kanser prostat, kata Bosland [Sumber: ABC News].

5) Bertindak selaku antibiotik semulajadi

Capsaicin juga mempunyai ciri-ciri anti-bakteria dan anti-radang. Cili akan melancarkan peredaran darah dan membawa darah segar ke tempat jangkitan dan darah segar (sel-sel darah putih dan leukosit dalam darah) tadi akan melawan jangkitan tersebut.

6) Bertindak sebagai antioksidan

Cili mempunyai Vitamin C dan Vitamin A yang mengandungi beta-karoten yang merupakan antioksidan yang kuat. Antioksidan akan memusnahkan bahan radikal bebas. Biasanya, radikal bebas boleh bergerak di dalam badan dan menyebabkan sejumlah besar kerosakan kepada sel-sel dan boleh merosakkan saraf dan saluran darah.

7) Melegakan selsema dan asma

Cili memberikan kelegaan daripada hidung tersumbat dengan meningkatkan metabolisme. Ia juga mengembangkan saluran udara paru-paru yang mengurangkan asma. Kalau rasa dada sempit dan seolah-olah asma sedang menyerang, cepat-cepat makan cili. Hehe.. :)

8) Cili Membantu Membakar Lemak

Capsaicin juga sebatian termogenik, dan meningkatkan kadar metabolisme, yang membantu dalam proses pembakaran lemak. Kajian menunjukkan bahawa makan cili boleh meningkatkan kadar metabolisme anda sehingga 23% selama kira-kira 3 jam!! Haaa.... kan dah dapat tips nak turunkan berat badan tu, dengan makan cili dalam diet anda.

sumber: pucukubi.com


 
 
 

Comments


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by GOOD TO EAT. Proudly created with Wix.com

bottom of page