khasiat cili hijau
- sambal tun teja
- Sep 11, 2017
- 1 min read
Umumnya, cili hijau atau lada hijau memang kurang pedas berbanding cili merah. Kadang-kadang ada juga yang buat ulam makan dengan nasi sebab memang kurang pedas pun. Tapi korang semua tahu tak bahawa cili hijau memang berkhasiat kerana mengandungi asid askorbik. Apa pula asid askorbik ni?? Ia adalah Vitamin C di mana vitamin jenis ini memang sinonim dengan buah oren kan. Tapi korang perlu tahu bahawa Vitamin C juga terdapat dalam cili hijau. Kandungan antioksida yang terdapat dalam cili hijau ini mampu mengelak atau mengurangkan risiko sesetengah kanser dan kesan selsema, juga boleh membantu menyatukan semula sel-sel tubuh serta menguatkan dinding saluran darah. Sebab tu la, antara kajian mengatakan Vitamin C boleh membantu mempercepatkan penyembuhan luka, menjaga sistem kekebalan tubuh, menyerap zat besi, membentuk tulang dan gigi. Jadi, tak semestinya Vitamin C hanya boleh didapati dalam buah oren je macam selalu produk kolagen kat pasaran yang mahal-mahal tu. Sebenarnya, kita sendiri masih boleh menjaga kesihatan tubuh badan hanya melalui pemakanan harian je. Tak payah beli produk mahal-mahal dah. Tapi mana-mana yang berkemampuan tu tak salah untuk beli kan. Ini sekadar contoh kesihatan yang mudah dipratikkan dan tidak perlu kos yang tinggi
sumber: barunampak.blogspot
Comments